Tipu la kalau kata you suami isteri takder gaduh-gaduh. Lumrah manusia kan, mesti ada benda yang tak puashati ngan suami/isteri kita. Robot jer tak tau gaduh-gaduh ni sebab takder perasaan. So sempena hari baik bulan baik ni marilah kita renungkan bersama-sama cerita ni.
Untuk Suami Isteri Yang Selalu Bergaduh
Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak,terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin.
Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian harta sepencarian di antara mereka, perundingan berlangsung lancar dan akhirnya sebahagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua asset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak. Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, yaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang]. Baik si suami maupun si isteri, sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Nabi Sulaiman a.s. dulu. Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh.
Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, iaitu mereka diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudah untuk dibahagi di antara mereka berdua.
Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka mengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil.
Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra, sehingga Sang Imam bertanya, :
“Apakah Kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal bercerai?”.
Sang Suami lalu menjawab : “Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai”.
“Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?” , tanya Sang Imam. “Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak,anak kembar!!”.

Beberapa hikmah:
1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan. Betapa
banyak penghuni penjara yang menyesal: mengapa ketika marah memukuli isteri/anak/ dsb sampai tewas….
2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan, sehingga nabi saw menekankan laa taghdhab [jangan marah] kepada sahabatnya.
3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah di atas yaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil meredam pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.
4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah membuat keharmonian semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Karena pertengkaran itu seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya membinasakan.
So amacam geng? Rasa-rasanya nak gaduh lagi tak? Kesimpulannya, bertengkar kecil-kecilan tu tak salah, bermanfaat dan kalau nak tau, ia boleh mengeratkan lagi hubungan sebab kita dah tau apa kekurangan dan kelebihan masing-masing masa dalam tempoh gaduh tu. And pastu macam tak nak la buat lagi, tak gitu dik non? Eh akak ni baru setahun jagung kawin dah nak nasihat orang kan, tapi takper, itu namanya berkongsi.
Ok, selamat berbuka puasa, and kalau pergi pasar ramadhan karang, jangan la berhabis-habisan sangat. Bukannya sedap sangat pun juadah tu. Ada yang sengaja nak ambik kesempatan nak mengaut keuntungan masa bulan puasa nak berniaga. Lagi seminggu nak puasa, baru nak belajar buat mi rebus, kuih kole kacang, kuih bahulu kemboja dah sebagainya. Tapi rasanya, ya Rabbi, ada ker buat kuih bahulu kemboja taruk buah pelaga, mana punya chef dia belajar ntah. Takder jiwa langsung memasak. Niat nak untung jer. Masak seribu tahun pun takkan sedap. Yang penting nawaitu. Tak boleh la gitu kan… RM3.50 pun duit jugak. So, jom la masak sambal tumis simple-simple jer, sayur campak2 sendiri yang dah tentu jimat kos dan BERSIH. Wassalam.



