efek rumah kaca

Pagi tadi bangun tidur rambut saya macam okay bila lepas sikat sebab fringe saya macam dah panjang dan dah tak macam cekodok lagi dan lepas mandi cepat-cepat ambik kamera tangkap gambar nak bubuh dalam belog. Ali di dalam gambar itu hanyalah alasan sahaja supaya saya tak nampak desperate camwhoring sorang-sorang. Lagipun dia pagi-pagi dah bangun sebab Kaka bising mintak makan. Ali bangun terus ambik cawan plastik atas meja bagi Kaka konon-kononnya nak bagi Kaka tu makan. Sungguh comel bukan gelagatnya?

Ni pulak hasil karya sulung anak sulung saya, berumur 2 tahun 7 bulan yang dilukis semalam. Menurut pelukis, ini adalah hasil gabungan imej pelbagai seperti Ultraman, raksasa, Ceplos dah pokok-pokok serta awan menggunakan water color, jari dan berus gigi (berus gigi terpaksa dirampas separuh masa sebab pelukis tenyeh berus gigi atas drawing block sampai nak terkoyak).

Pelukis bersama hasil karyanya.


Okay, babai. Saya hanya nak blog pasal rambut saya jer sebenarnya.

Comments
blog comments powered by Disqus
Theme by Guido Rossi